Hello.
Dah lama tak menaip walaupun banyak story nak share
so yeah letssss to my first experience got cut by the doctor on operation
table. Gilo tak pernah sangka akan kene bedah dalam umur 25 tahun.
Long story cut jadi pendek ikuti lah serba sedikit kronologi
yang terjadi:
21/03/2018:
Pergi scan boobs sebab rasa macam ada lump kat sebelah kanan
boob. Ya rabbi gila tak bertenang aku time pergi scan ni. Doktor tu bapak lah ganas gila dia scan boob aku tekan
tekan rasa nak lempang je. Seharian rasa sengal sengal. Adakah kerana beliau
jealous beliau tidak memiliki boobs seperti diriku? Hasil kajian mendapati
yupss ada sebola lump kat tetek. Dia sembang:
D: adik you pergi lah cek dekat hospital. Nanti I akan bagi referral
letter. Jangan tangguh. You nak pergi hosp mana?
N: I tak sure gov kot.
D: Eh gov hosp lambat. You better try private cepat je
N: *senyum kambing yang cantik* tapi dalam hati tak siapa yang tahu.
Bahaya ke doctor?
D: I pun takleh nak confirm kan so better you cek dekat hospital.
N: Mmmkay
D: Eh you kerja company bagus kan mesti ada medical card kan
(Aiolls muda lagi
mengapakah ini tersurat dalam lipatan takdir kuuuuu)
N: Ada tapi tak sure nanti I Tanya Hr
D: Takpelah I bagi surat dulu
Gila lah haru biru time tu tapi
syukur sebab ada 1 je and dekat sebelah je. Tak bertenang makan pun taknak michelle
datang ajak makan pun taknak lagi sanggup duduk dekat ofis dengan ahmad faiz
bukan nama sebenar lmao. Saban hari rasa macam nak nangis dan stress yela
takut… Cancer ke.. Bahaya ke? Am I gonna dieeeeee? Am I gonna dieded before
kawin? Adakah dah boleh uruskan pembahagian harta yang tak berapa nak ada
ittewwwww?
Tipula tak takut. Ada hari aku lupa ada hari aku nak nangis sebab
takut Allah je tahu. Adakahhhhhhhh ini semua ujian buat nurul yang cantik
ini lol. My mum insist suruh balik dan check kat hospital swasta. Aku dah gulp
gulp dah telan air liur walaupun beliau menabur janji manis beliau yang bakal
menaja percutian ke hospital kelak.
Nak jadi kan aku boleh bercerita
sebagai mana aku bercerita sekarang ni yang masih belum berpapa kedana, dapat
medical card company. Jadi aku pun pulang lah kerumah dan bersetuju ke KPJ
Bandar Maharani yuolls.
02/04/2018:
Pergi hospital seperti yang disarankan. Oh btw
dah pergi hari ahad sebenarnya tapi lambat bonar nak dapat approval dari
insurance company mungkin kerana daku tak begitu penting dan hari juga hari
ahad pekerja pekerja insurans tu mesti bengkek je nak layan request gua. Jadi
hari isnin nilah dimana semua orang mengalami Monday blues kita pergi. Ini
kalilah!!! *tetiba mood PRU pulak*
Datang datang request letter dah
settle jadi kita bertemu doctor. Rupa rupanya kat situ general surgeon lelaki
lelaki belaka. Terpaksa lah malu malu lewls. Jumpa doctor, dia cek lah apa yang
patut, dia mengiakan teori kewujudan lump tersebut . So doctor tu suggest untuk
buat ultrasound dan kemudian baru lah tahu mungkin benign atau malignant,
daging atau air semata, madu ditangan kanan atau racun ditangan kiri ku. Yang
scan pun lelaki sis malu tapi sis bertabah jua T_T Malu sebab sakit padahal
diorang pun tak hadap kau sebab sakit kan lol tak faham kenapa orang nak
beranak takut nau doctor terpesona tengok vajayjay yang rabak lolololol. Jadi
hasil US tu ketulan tersebut adalah daging dan sepertinya tak merbahaya maka dr
suggest 2 cara:
- 1. Kita korek dan dapatkan secebis drpd lump tersebut untuk research purpose kalau betullah tak bahaya maka biarkan aje dia hidup menumpang tapi kene pastikan sama ada dia membesar atau tak
- 2. Kite bedahhhhhhhh je lepas tu baru cek bahaya ke tak
- 3. Kalau kekakak kekadik semua punya cyst adalah berbentuk cecair nanti dia akan cucuk untuk pecahkan tak lah tipu je cucuk untuk sedut air tu keluar jadi tidak memerlukan potongan dimanamana.
Gua belum sempat fikir apa apa emak
dah mencelah;
E: Bila doctor boleh buang? Secepat
mungkin
D: Ini semua bergantung pada jadual
adik. Paling cepat Selasa
E: Ok RABU boleh?
D: Terus call untuk booking ot
N: Jadi dimanakah peranan jadual
sapira seperti yang dr katakan tadi? * dalam hati* Sengih jelah
03/04/2018:
Masuk ward. Before tu jumpa doctor.
Dia tanda bahagian mana nak potong guna pen papermate je. Jadilah kan takkan
nak pakai permanent market pulak. Huhu. Lepas tu baru register dan bayar
deposit rm400 sambil dia cakap kita akan deduct duit ni kalau insurance tak
bayar. Aku dah telan air liuq lagi hamboi bagi gentar betul ni padahal
admission GL dah issued :’). Macam biasalah ambil blood pressure semua nasib baik
tak masuk air awal awal. Tapi pukul 2 pagi dia kejut, adik kene puasa ye jangan
makan jangan minum. Henlo orang dah tido dia kejut pukul 2 pagi Cuma nak cakap
jangan makan dah? Cakap sebelum orang tidur gakk bisaaaaak?
04/04/2018:
Actually tak boleh tidur sangat pun.
Berdebar teruk berbagai isi fikiran datang silih berganti. Risau lahh. Tapi dia
tengok aku bertenang sebab tu lah dia tak bagi ubat penenang aiols sedih lah
gini sebab diaorang gagal baca isi hati aiolls T_T. Pukul 6 pagi dah bangun
mandi semua bagi bertenang sikit. Dan diorang pun sebenarnya dah silih berganti
amik blood pressure time aku tido. Dah dah aku bangun jelah beginian asyik
terganggu. After masuk operation theatre (ot) dia bagi 1 solution untuk sental
kat seluruh badan terutama di pedalaman and kat tempat yang nak operate tu
maybe untuk buang and sterile kan badan kot. Lol. Lepas tu bagi baju bedah uish
time ni rasa macam real sangat dah nak kene bedah tak tipu punya gelabahbabi
HAHAHAHAHAHHA.
Pukul 12 sebenarnya schedule nak bedah
tapi dalam pukul 10.30 camtu dia dah ajak masuk dewan bedah. Baru dewan je lah
bukan bilik lagi. Dalam tu ada lah dalam 40 mins tunggu before dia layan aku
balik. Diorang biarkan aku terkapai kapai bersendirian mengenang nasib kea pa tah.
Muhasabah diri kot sempat lah terlelap . Lepas tu baru ada 1 nurse dan dr bius
attend aku. Aku marah betul lah kat dr bius tu nak masukkan branula tapi gagal.
2 Kali nak masuk tapi gagal. Dia tak penat ke jadi orang yang gagal lol. Kali
ketiga baru dapat. Urat aku mudah Nampak kot. Nak cakap aku gemuk ke T_T. SAKIT
GILA WEHHHHH SUMPAH TAK TIPU SHIT SHIT TAK HABES TIME DIA CUCUK. Patut sebut
Allahu apa lah duk sebut shit L.
Lepas tu 15 mins later kene sorong masuk bilik bedah ini real punya. So lepas
bius aku terus keok tak ingat apa tahu tahu dia kejut aku suruh bangun. Like eh
dah habis ke best nya kalau tidur macam kene bius. Terus pengsan tak ingat apa
tahu tahu dah bangun. Itupun nasib baik bangun balik :’) Dalam 30 minit je
operation tu. Lepas tu dah boleh rest dalam bilik sendiri tak rasa sakit
langsung bestnyaaaaa. Doktor tu jumpa je mesti dia Tanya sakit sangat ke sakit
sikit je. Aku cakap tak sakit kot. Patut rasa sakit ke doctor? Dia gelak cakap
oh bius ada lagi lah tu. Esok nya dia jumpa dia ckp lagi sakit sangat ke sakit
sikit ? Apeni apeni apeni masalahnya kenapa dia tk Tanya ke tak sakit? Sebab
tak sakit kot. Yang sakit tempat kene cucuk branula * tenang kan hati nak
mengamuk*
Anyway cukup 2 malam dah boleh keluar
ward. Time nak discaj tu baru tahu bil berapa. Allahu tercekik air liur huhuu. Doktor
suruh datang after a week untuk lab result dan untuk dia check luka. Aiolls
dapat 10 days mc uolls bestnya rasa nak kahwin pulak cuti lelama tapi tak boleh
sebab AHAHHAHAHAHAHAH. Sepanjang seminggu tu Alhamdulillah luka tak sakit Cuma tak
selesa je. Dia bgi 10 biji painkiller aku makan 2 je tu pun sebab malas nak
rasa tak selesa. Nak tidur dengan bertenang. Biasa lah lepas bedah kene pantang
makan tapi tak rasa macam dah kurus pun apeniiii!!!
Lepas 10 hari datang hosp
untuk tahu keputusan. Alhamdulillah bukan cancer. Doktor cakap fibroadenoma
memang selalu datang kat perempuan umur 20-30 tahun. Bersyukur sangat bukan
kanser dan tak bahaya dan risiko kanser tu tipis je tapi kene jaga makan jaga
emosi jaga apa yang boleh dan doa banyak banyak sebab dia boleh datang balik.
Tolong doakan aku gais.
Moral of the story, jangan panik bagai tiada hari esok if you found any lump tapi segerakan jumpa doktor, jangan lupa dapatkan medical card kalau dah mampu cecepat kita taktahu nasib kita badan kita ni macam mana hari esok, so sediakan payung sebelum hujan. Masuk private hospital lah best tak susah susah nak viralkan apa bagai sebab nak dapat treatment cepat lewls.
Bye~~