Friday, 13 April 2018

First Experience in KPJ- Fibroadenoma

Hello.

Dah lama tak menaip walaupun banyak story nak share so yeah letssss to my first experience got cut by the doctor on operation table. Gilo tak pernah sangka akan kene bedah dalam umur 25 tahun.  


Long story cut jadi pendek ikuti lah serba sedikit kronologi yang terjadi:


21/03/2018:

Pergi scan boobs sebab rasa macam ada lump kat sebelah kanan boob. Ya rabbi gila tak bertenang aku time pergi scan ni. Doktor tu  bapak lah ganas gila dia scan boob aku tekan tekan rasa nak lempang je. Seharian rasa sengal sengal. Adakah kerana beliau jealous beliau tidak memiliki boobs seperti diriku? Hasil kajian mendapati yupss ada sebola lump kat tetek. Dia sembang:

D: adik you pergi lah cek dekat hospital. Nanti I akan bagi referral letter. Jangan tangguh. You nak pergi hosp mana?
N: I tak sure gov kot.
D: Eh gov hosp lambat. You better try private cepat je
N: *senyum kambing yang cantik* tapi dalam hati tak siapa yang tahu. Bahaya ke doctor?
D: I pun takleh nak confirm kan so better you cek dekat hospital.
N:  Mmmkay
D: Eh you kerja company bagus kan mesti ada medical card kan (Aiolls muda lagi mengapakah ini tersurat dalam lipatan takdir kuuuuu)
N: Ada tapi tak sure nanti I Tanya Hr
D: Takpelah I bagi surat dulu 


Gila lah haru biru time tu tapi syukur sebab ada 1 je and dekat sebelah je. Tak bertenang makan pun taknak michelle datang ajak makan pun taknak lagi sanggup duduk dekat ofis dengan ahmad faiz bukan nama sebenar lmao. Saban hari rasa macam nak nangis dan stress yela takut… Cancer ke.. Bahaya ke? Am I gonna dieeeeee? Am I gonna dieded before kawin? Adakah dah boleh uruskan pembahagian harta yang tak berapa nak ada ittewwwww? 


Tipula tak takut. Ada hari aku lupa ada hari aku nak nangis sebab takut Allah je tahu. Adakahhhhhhhh ini semua ujian buat nurul yang cantik ini lol. My mum insist suruh balik dan check kat hospital swasta. Aku dah gulp gulp dah telan air liur walaupun beliau menabur janji manis beliau yang bakal menaja percutian ke hospital kelak.


Nak jadi kan aku boleh bercerita sebagai mana aku bercerita sekarang ni yang masih belum berpapa kedana, dapat medical card company. Jadi aku pun pulang lah kerumah dan bersetuju ke KPJ Bandar Maharani yuolls.


02/04/2018:

 Pergi hospital seperti yang disarankan. Oh btw dah pergi hari ahad sebenarnya tapi lambat bonar nak dapat approval dari insurance company mungkin kerana daku tak begitu penting dan hari juga hari ahad pekerja pekerja insurans tu mesti bengkek je nak layan request gua. Jadi hari isnin nilah dimana semua orang mengalami Monday blues kita pergi. Ini kalilah!!! *tetiba mood PRU pulak*


Datang datang request letter dah settle jadi kita bertemu doctor. Rupa rupanya kat situ general surgeon lelaki lelaki belaka. Terpaksa lah malu malu lewls. Jumpa doctor, dia cek lah apa yang patut, dia mengiakan teori kewujudan lump tersebut . So doctor tu suggest untuk buat ultrasound dan kemudian baru lah tahu mungkin benign atau malignant, daging atau air semata, madu ditangan kanan atau racun ditangan kiri ku. Yang scan pun lelaki sis malu tapi sis bertabah jua T_T Malu sebab sakit padahal diorang pun tak hadap kau sebab sakit kan lol tak faham kenapa orang nak beranak takut nau doctor terpesona tengok vajayjay yang rabak lolololol. Jadi hasil US tu ketulan tersebut adalah daging dan sepertinya tak merbahaya maka dr suggest 2 cara:
  • 1.       Kita korek dan dapatkan secebis drpd lump tersebut untuk research purpose kalau betullah tak bahaya maka biarkan aje dia hidup menumpang tapi kene pastikan sama ada dia membesar atau tak
  • 2.       Kite bedahhhhhhhh je lepas tu baru cek bahaya ke tak
  • 3.       Kalau kekakak kekadik semua punya cyst adalah berbentuk cecair nanti dia akan cucuk untuk pecahkan tak lah tipu je cucuk untuk sedut air tu keluar jadi tidak memerlukan potongan dimanamana.


Gua belum sempat fikir apa apa emak dah mencelah;

E: Bila doctor boleh buang? Secepat mungkin
D: Ini semua bergantung pada jadual adik. Paling cepat Selasa
E: Ok RABU boleh?
D: Terus call untuk booking ot
N: Jadi dimanakah peranan jadual sapira seperti yang dr katakan tadi? * dalam hati* Sengih jelah



03/04/2018:


Masuk ward. Before tu jumpa doctor. Dia tanda bahagian mana nak potong guna pen papermate je. Jadilah kan takkan nak pakai permanent market pulak. Huhu. Lepas tu baru register dan bayar deposit rm400 sambil dia cakap kita akan deduct duit ni kalau insurance tak bayar. Aku dah telan air liuq lagi hamboi bagi gentar betul ni padahal admission GL dah issued :’). Macam biasalah ambil blood pressure semua nasib baik tak masuk air awal awal. Tapi pukul 2 pagi dia kejut, adik kene puasa ye jangan makan jangan minum. Henlo orang dah tido dia kejut pukul 2 pagi Cuma nak cakap jangan makan dah? Cakap sebelum orang tidur gakk bisaaaaak?


04/04/2018:


Actually tak boleh tidur sangat pun. Berdebar teruk berbagai isi fikiran datang silih berganti. Risau lahh. Tapi dia tengok aku bertenang sebab tu lah dia tak bagi ubat penenang aiols sedih lah gini sebab diaorang gagal baca isi hati aiolls T_T. Pukul 6 pagi dah bangun mandi semua bagi bertenang sikit. Dan diorang pun sebenarnya dah silih berganti amik blood pressure time aku tido. Dah dah aku bangun jelah beginian asyik terganggu. After masuk operation theatre (ot) dia bagi 1 solution untuk sental kat seluruh badan terutama di pedalaman and kat tempat yang nak operate tu maybe untuk buang and sterile kan badan kot. Lol. Lepas tu bagi baju bedah uish time ni rasa macam real sangat dah nak kene bedah tak tipu punya gelabahbabi HAHAHAHAHAHHA.


Pukul 12 sebenarnya schedule nak bedah tapi dalam pukul 10.30 camtu dia dah ajak masuk dewan bedah. Baru dewan je lah bukan bilik lagi. Dalam tu ada lah dalam 40 mins tunggu before dia layan aku balik. Diorang biarkan aku terkapai kapai bersendirian mengenang nasib kea pa tah. Muhasabah diri kot sempat lah terlelap . Lepas tu baru ada 1 nurse dan dr bius attend aku. Aku marah betul lah kat dr bius tu nak masukkan branula tapi gagal. 2 Kali nak masuk tapi gagal. Dia tak penat ke jadi orang yang gagal lol. Kali ketiga baru dapat. Urat aku mudah Nampak kot. Nak cakap aku gemuk ke T_T. SAKIT GILA WEHHHHH SUMPAH TAK TIPU SHIT SHIT TAK HABES TIME DIA CUCUK. Patut sebut Allahu apa lah duk sebut shit L.


 Lepas tu 15 mins later kene sorong masuk bilik bedah ini real punya. So lepas bius aku terus keok tak ingat apa tahu tahu dia kejut aku suruh bangun. Like eh dah habis ke best nya kalau tidur macam kene bius. Terus pengsan tak ingat apa tahu tahu dah bangun. Itupun nasib baik bangun balik :’) Dalam 30 minit je operation tu. Lepas tu dah boleh rest dalam bilik sendiri tak rasa sakit langsung bestnyaaaaa. Doktor tu jumpa je mesti dia Tanya sakit sangat ke sakit sikit je. Aku cakap tak sakit kot. Patut rasa sakit ke doctor? Dia gelak cakap oh bius ada lagi lah tu. Esok nya dia jumpa dia ckp lagi sakit sangat ke sakit sikit ? Apeni apeni apeni masalahnya kenapa dia tk Tanya ke tak sakit? Sebab tak sakit kot. Yang sakit tempat kene cucuk branula * tenang kan hati nak mengamuk*


Anyway cukup 2 malam dah boleh keluar ward. Time nak discaj tu baru tahu bil berapa. Allahu tercekik air liur huhuu. Doktor suruh datang after a week untuk lab result dan untuk dia check luka. Aiolls dapat 10 days mc uolls bestnya rasa nak kahwin pulak cuti lelama tapi tak boleh sebab AHAHHAHAHAHAHAH. Sepanjang seminggu tu Alhamdulillah luka tak sakit Cuma tak selesa je. Dia bgi 10 biji painkiller aku makan 2 je tu pun sebab malas nak rasa tak selesa. Nak tidur dengan bertenang. Biasa lah lepas bedah kene pantang makan tapi tak rasa macam dah kurus pun apeniiii!!! 


Lepas 10 hari datang hosp untuk tahu keputusan. Alhamdulillah bukan cancer. Doktor cakap fibroadenoma memang selalu datang kat perempuan umur 20-30 tahun. Bersyukur sangat bukan kanser dan tak bahaya dan risiko kanser tu tipis je tapi kene jaga makan jaga emosi jaga apa yang boleh dan doa banyak banyak sebab dia boleh datang balik. Tolong doakan aku gais.


Moral of the story, jangan panik bagai tiada hari esok if you found any lump tapi segerakan jumpa doktor, jangan lupa dapatkan medical card kalau dah mampu cecepat kita taktahu nasib kita badan kita ni macam mana hari esok, so sediakan payung sebelum hujan. Masuk private hospital lah best tak susah susah nak viralkan apa bagai sebab nak dapat treatment cepat lewls. 

Bye~~



Wednesday, 27 September 2017

PENGALAMAN INTERVIEW PTP-SL1M

Hellooooooo* jerit tetiba*

Hai gais, aku baru teringat akan kewujudan blog aku ni. Dah setahun rupanya aku draft entry tapi tak post. So aku post je lah draft aku ni. Kot kot berguna untuk hadek hadek. Bukan untuk hadek kunyit yew yew yew. Takde tutorial mengunyit...


*THROWBACKKK*


Sebenarnya bukan lah niat aku pun nak pergi JB ni. Tapi secara mengejut terkejut bergetar nyawa tau sebab terkejut sangat. Actually aku dapat interview dari ptp. Ptp tu pelabuhan tg pelepas. Aku pun tak expect dapat. Sebabnya first time aku Nampak iklan tu (time ni SL1M PTP ni jelah yang Nampak menarik) aku apply lah, aku hantar resume ke email yang salah. Bongok tau. Hahaha. 3 kali aku hantar baru lepas. Sebabnya aku tak tambah h kat alamat email tu (aku copy paste nye pun, patut benar lagi tidak menyesatkan lah kan.) then aku perasan, so aku send lagi sekali lagi which issssssss DAH TERLEBIH DUE DATE. Aku pun lantak la kan, hantar jelah kot ada rezeki. So aku tenang tenang je lah.


Then 1 pagi ni, aku dapat call. Tapi aku tak angkat call pun, aku mandi. Aku pun macam dah berdebar gak tengok no miscall tu macam nombor JB. Aku google hokay nombor tu. Rupanya nombor ptp, aku agak mesti pasal interview ni. Aku pun call balik, sekali akak HR tu cakap macam dah terlepas chance. Kesian kotttt kat aku. Aku pun buat suara sedih ‘yeke? Ala kak” gitu lah lebih kurang sambil nada sayu sayu. Kalau korang nak lagi dramatic part ni boleh lah tambah bunyi sedih sedih sikit. Lol. Then dia pun cakap, “awak boleh tak datang interview esok?” TANJAT GEGIRL NAUZUBILLAH TAUUUU. Kakakakaka. Aku Tanya akak tu boleh comfirm lambat sikit tak? Eleh dia bagi 1 jam je. Huuuu :’) ok lah aku pun comfirm dengan mak and akak aku, diorang kata boleh je nak interview esok. Ok lah aku comfirm kan.


Gelabah gila nak mampus prepare barang-barang. Borang lagi wehhh. Baju lagi. Aku nak pakai baju fav aku, tapi mak aku kata baju tu buruk. Aiolls is sentap. Fashion sense mak aku lagi teruk, memandai je tau dia cakap baju aku buruk. BAJU DIA LA BURUK. Kemas barang semua then siap siap pergi beli tiket pergi jb.


Aku punya lah prepare speaking pasal diri sendiri je. Aku bukak google semua soalan cliché berserta jawapan yang cliché jugak. Mati mati aku ingat tu semua benar belaka tiada yang dusta melainkan yang benar benar saja. Aku dah hafal jawapan dah habis prepare dengan jawapan kipas bontot punya. Kira dah macam komfiden jelah ni. Tido pun termimpi mimpi. Duk ulang ulang soalan jawapan “why you choose this place, introduce yourself, why you quit, why we should hire you” bangun tido pun sambil hafal.


Interview pukul 230, pukul 12 aku dah sampai okayyyyy. Lepas round round tibalah masa 2.30. aku tak nervous sangat. Aku fikir lantak lah apa pun nak jadi. Yang penting aku cuba je sebab dah alang alang, penat weh jalan jauh dari muo. terkejuttttt pulakkk tu. Kahh. Aku jumpa kawan time tu so rasa relaks jugak. Aku dengan dia pun macam 1 kepala. Budak tu Terengganu sempat lah borak borak tenang kan diri.


First task yang aku dapat ialah jawab 50 soalan logic dalam masa 12 minit. Cipannnnnn soalan dia susah kot. Ada ke bagi 12 minit. Tak sempat aku nak jawab. Mana logikk manaaaa? Hahahaha. Then task kedua kene buat test English. Nasib baik haritu kemas kemas buku jumpa buku grammar. Tapi soalan vocabulary hancur lebur ahhh. Aku bukan dilahirkan dengan kamus dalam kepala. Wuwuwuwuwu. Then task 3 dia bagi pasangan. So aku dapat mamat ni syafiq ke taufiq ke nama dia? Ke firdaus. Aku lupa. Huhu. Entah lah haritu tangan aku luck kan. So aku dapat topic mudah. Topic ni actually kitorang kena discuss then bincangkan depan panel. * aku tak expect pun ada pair interview* aku dapat topic antivax. Paling senang aku rasa. Group 2 dapat tajuk dr.mahathir new party, group 3 dapat apatah tapi panjang lah tapi diorang tukar tajuk pokemon go.


Dapat task tu dia suruh kitorang jalan cari boss operation department. Abang kawasan nak tunjuk kawasan lah. Semua dia bawak kitorang jalan. English dia allahuuuuu, English aku lagi bagus. Cuma tu lah term term tu aku tak berapa dengar berth ty apa menda tah. Dengor jelahhh. Jauh pulak tu dari hq nak p operation department * bear in your brain I wore stiletto ok. Sakit ok jalan jauh jauh. Rasa nak bukak kasut je time tu T_T* dalam kol 5 tu diorang suh g hq balik. Okk nak interview lah ni. Time tu dah cuak je. Tapi malas nak piker sebab aku dah penat sangat. Ketibas dah macam air terjun Niagara dah. Aku redho ajelah.


Pukul 530 baru masuk bilik interview tu :”) sis penat. Tapi sis cuba bertabah ;’) so ada hod dengan sorang chinese lady ni. Muka dia lovely lah. And friendly so aku macam yay tak cuak since hod tu pun English dia kelaut. Hahahahah . dia Tanya lah what you feel about environment here, what your weakness, pastu dia suh kitorang discuss pasal antivax. Tanya soalan pasal antivax. Pastu Tanya apatah lagi. Tiba-tiba boss hr masuk T_T. ini part paling menyeksakan ok. Banyak gila dia provoke. Tanya aku kenapa quit. Kenapa pilih ptp. Kenapa dia kene consider aku. Kenapa kenapa kenapa. Then last tu dia Tanya aku pakai phone apa. Lepas tu Tanya apps selain socmed. Tergagap gagap nak jawab sebab apps apa aku ada pun dah lupa T_T, yelah selalu guna socmed je kan. Wuwuwuwuwuwu. Pastu dia cakap I asked you simple question like this, but you cant answered it. Fuuuuuuuu hahahahah matilah aku redho je. Before keluar dia cakap sorry . ok bai gaishhhh.
So konklusi nya aiollls rasa macam tak dapat je interview ni. Gewak lu papew wogew. MEMANG TAK DAPAT HAHAHAHAHA


Sunday, 14 August 2016

SKINCARE ROUTINE pt 2

Hye Assalamualaikum.

Ketemu kembali ya ya ya ya kita disini. Aiyohhh sambungin kesah skincare ku.



1.      Safi Balqis


Ini ini ini sebabnya aku jeles kulit mah putih ngat aih. Dia memang putih tapi kulit dia putih betul time nak dekat dekat spm.  So lepas aku Tanya, dia kata dia pakai safi balqis. Daripada pencuci sampai lah ke krim krim semua. Aku pun taknak terlepas peluang ni. Aku sebenarnya tau kulit aku akan lagi oily kalau aku pakai krim siang, so macam berkira jugak nak beli ke tak nak beli ke tak. Time tu belum Tanya mah habis dah excited sangat nak beli.

Aku pun beli lah safi timun ke gamat tak ingat since kulit aku kan berminyak. Masa tu safi balqis lom ada kot. Aku beli pencuci dengan krim siang dia. Ya Allah dah habaq da oily. Oily berlengas mukaaaaa. Tapi cam pelik tak putih cam mah pun. Rupanya lepas Tanya dia kata dia guna krim kecantikan baru lah puteyhhhhh, hey hey, selari dengan itu safi pun keluarkan produk safi balqis dia. Aku pun guna.

Oh wow memang putih. First time kot aku pakai krim macam ni. Macam foundation gitu. Macam alolo dah dewasa sangat tau dah pakai foundation bagai sebab terus puff kulit kau Nampak cerah in 5 secs. Yelah form 5 dulu tak sama dengan sekarang. Sekarang jangan katakan krim kecantikan, cara nak contour and buffer pun diorang tau. Sedangkan aku masih lagi sebiji potato disini. Lewls.

Lama jugak aku pakai safi. Putih memang putih tapi terpaksa lah aku sabar jerawat duk tumbuh sebijik sebijik. Sini surut, sana tumbuh. Sana surut situ duk menimbun. Nasib lah masa tu dia keluar sebijik in once time kan, so terkawal lagi. Sampai lah aku jumpa pakwe.

Jumpa pakwe memang brup brup brup jerawat tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Kalau cendawan takpa lah boleh juai, ni jerawat. 



NI LAH PAKWE AKU YANG BERSALAH BUAT AKU TUMBUH JERAWAT SINCE 2011 SAMPAI SEKARANG. TENUKK LAH AWAK NI!
Teruk betul hormone macam tak penaah jumpa pakwe (noobs sangat first time ada pakwe kan.) Hewhew. Sampai lah satu harini aku tumbuh jerawat batu sebijik. Panic tau. Besar gila kat pipi kanan. Macam macam usaha nak pulihkan jerawat ni. Makan tahun oooo. Dahlah macam diaa tak berhenti keluar dekat tempat yang sama. Baru nak baik, adik dia keluar, so jadilah macam parut jerawat dan jerawat menimbun nimbun. Jerawat city dah boleh bagi nama aku jadi mayor lah.



2.      Syma Beauty



Ok move to the next product. Syma beauty ni actually the best product yang aku pernah guna. Masa mula mula nak tukar product ni time tu aku dengan fatin lah nak tau mana product best. Aku cuba syma beauty dia cuba wonder glow. Both products actually menjadi. Aku sengaja pilih syma beauty sebab lagi economical. Dia lagi murah. Tapi first time dapat macam terkejut sebab kecik gila bekas dia. Boleh tahan ke ni? Suprisingly boleh tahan 2-3 months.

Macam aku, aku tak kisah sangat tak guna krim malam. Krim malam dia yang cepat sangat habis. Tapi 3 minggu gak tahan. Power wehhhh. Aku guna dalam 2 weeks dah Nampak kesan. Muka tiba tiba cerah, parut jerawat and jerawat city pun dah Berjaya musnah sampai sekarang ada kesan lubang sebab teruk sangat tapi ok lah tak tumbuh jerawat lagi kat situ.

Lagi satu aku punya muka jenis kusam tak sekata ada area cerah ada area gelap. Lepas pakai syma terus sekata kulit. Punya lah happy sampai nak jadi penjual terus. Tapi langit tak selalu nya cerah. Wkwkwkwkw. Aku kan tamak, p cri insta seller yang jual lagi murah dari hq. konon takde bende fake lah.

Terkejut jugak tetiba muka jadi kusam balik. Aku syak sebab aku rajin sangat terbeli yang fake. Lepas aku taubat aku dah tak beli yang murah dah. Beli kat kedai jamu harga sama je dengan hq. pun malang jugak sebabnya terbeli yang fake.

Plus, sekarang ni musim panas kan. Masa aku kerja kilang pulak aku tak rajin pakai toner. So now pori aku macam tersumbat, jerawat nasi baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyakkkkkkkkkkkkkkkkkk gila. Rasa nak buat plastic surgery tau tahap sedih dia. Kan panas so pori terbuka, aku tak pakai toner nak bagi tutup pori. Tapi aku pakai krim terus, memang tersumbat lah pori aku. Pori aku gedabak besar. Lagi senang nak masuk.


Buat facial pun akak tu penat gaknya nak keluarkan nasi nasi tu dari muka aku, sebab terlampau banyak sangat. Sekarang aku dah cuak aku pakai toner je kerja. Tengah panas pun p tonyoh ais kat muka. Serik naik jerawat lagi. Dah lah jerawat aku memang banyak. Berbiji biji muka aku T_T. now, sayang sikit duit nak beli syma, takut terbeli fake. Yang haritu pun tak habis guna. So aku just beli pencuci safi je yang kawalan minyak and jerawat. Aku on the way nak guna product tati skincare. Pricey sikit tapi kalau berkesan ok lah. Doakan muka aku elok sebelum rayaaaaaaaaa. :’) nanti kalau dah guna tati aku buat review.



3.      Tati Skincare



Aku guna tati skincare sebab macam terpengaruh dengan iklan la. And fyi, tati skincare ni skincare paling mahal aku guna tau. Mahalnya nasib baik akak seller tu bagi free toner kecil keceot. Harga rm100. Dalam set tu ada day cream, night cream, treatment cream and sunblock. Eh lupa cleanser. Ok banyakkan dalam satu set sampai aku lupa. Ya banyak jenuh tau nak pakai. Kadang kadang sampai malas aiolls nak pakai.

Set ni kecik je tapi since aku pakai sikit sikit, bertahanlah dua bulan. So kesannya yang aku Nampak kulit makin fair la. Memang keje dia putih kan kulit. Tapi still jerawat kecik kecik tu tak hilang. Even aku rajin gila pakai toner, buat scrub. Tati pun tak lesap kan jerawat aku. Aku banyak je tumbuh jerawat atas bibir (paling benci kalau jerawat tumbuh atas bibir, buruk tau T_T). bila habis je tati ni aku malas nak stockup dah. Mahal. Tengah misiken :’)



4.      Sabun beras ft toner nano white



Ok ni paling cikai dalam sejarah. Pakai sabun beras yang aku dapat as a free gift few years back. KENAPA? Sebabnya aku follow twt-kecantikan. And time tu curator dia cerita pasal local product usually and mostly ada banyak chemical. Tu sebab bila kita pakai kulit akan flawless and cun. Tapi once stop akan tumbuh jerawat kecik kecik and breakout. Baca experience orang pasal breakout seram ooo. Patut lah aku punya muka semacam je tetiba naik jerawat. Taubat tau aku ni, terus takmau jadi dropship local product. And then takut nak pakai apa apa local product. 


camni je sabun beras tu. Murah lagi hahh


Curator tu cakap bad effect banyak sangat once stop. Contohnya jerawat teruk, jeragat, muka berkuping kulit sensitive. Fuhhh seram teruk. Terus aku stop semua and guna sabun beras je. So far okey, muka aku tak berminyak walaupun muka masih ada jerawat. Tapi rasa tenang dalam diri :’) tak risau apa sangat. Cuma tu la awkward jugak tak pakai day cream. Nanti aku try usha day cream apa yang tak melekit kan kulit. 


And nano white toner tu macam the best toner aku pernah guna. Sebab before ni aku selalu guna toner safi balqis dengan clean and clear. So safi balqis best jugak tapi biasa je lah. Toner clean and clear dia macam very alcoholic kadang kadang skin rasa burn. When im decided to use nano white toner, puff fresh sangat muka. Lagi lagi sabun beras tu little bit dry for me. Tapi bila guna toner nano white terus skin rasa fresh sangat. Hehhe. Maybe lepas ni nak try  day cream and night cream from nano white. Lagipun banyak jugak feedback. And moisturizer dia pun macam best. Tunggu duittttttttttttttttt je. K. :’)


best best best!


Dont go anywhere. Tunggu kakak ada duit please :')



Oh lupa nak cerita aku ada try 1 set collagen haritu. Belleza collagen. Not bad lah mahal. Tapi berkesan buat kulit lembut tapi tak putih macam testimony tu semua. Huahua. Lepas dah guna baru aku tau yang putih melepak gebus gebas tu semua dah guna berpuluh puluh kotak wehh. Ada sorang tu dia dah makan dekat 40 kotak. 1 kotak rm130. Darab 40 kotak? Rm5200. Lebih kurang lah. Wehhhhh nak kekal cantik 5000 habis beli collagen je. Kenapaaaa lah aku tak dilahirkan dengan skin yang cantik sampai tua. Aku rajin makan buah dengan harapan aku cantik dari dalam semula jadi tak payah makan macam macam.



Lelaki tau apa? Tau complain je muka kite jerawat hitam bagai. Dia tak tau betapa mahal nya harga sebuah kecantikan. Kalau dah kawen t laki aku komplen macam macam, aku rompak duit dia. Nak bini cantik bak mai duit lah. Keluarkan belanja sikit baru isteri kekal cantik. Gittchewwwwww,

SKINCARE ROUTINE pt 1

Hye assalamualaikum,


Harini nak update about skincare aku. Macam perempuan lain aku pun banyak cuba skincare jugak. Engko rasa nak cantik ni murah. High maintenance weyh ak jadi cantik. T_T.  Banyak sangat nak dilaburkan untuk jadi apa? JADI CANTIK. Ya benar. Aku start guna bende bende ni semua since sekolah menengah. Eh sebenarnya sekolah rendah. Dah lah ada cerita lawok disebalik ittewww. Hewhehw


1.      Fair & Lovely

Ok nin dia aku guna masa sekolah rendah. Almaklum lah dulu kuat main parit, habis kulit hitam. Time tu baru lah nak menyesal duk jadi menjantan kecik kecik. Dasar tak sedar diri kau tu perempuan. Hahaha. Dah lah masa tu fair n lovely tengah hotstuff guna berapa hari je terus putih.

Aku pun nak cuba lah jugakkan, dah penat hitam, nak jugak jadi cantik macam dak dak len. Tapi aku segan ler nak beli sebab aku kan kecik lagi and macam kenapa pulak tetiba aku beli pencuci muka sedangkan merayap kalah jantan tu. So demi menjaga air muka, sanggup ni upah kakak kawan aku sebab time tu dia dah tingkatan 1 lul. Bagi duit lebih kat dia, ‘ tolong belikan fair n lovely boleh tak?’. Terpinga pinga hakak tu. Hahaha. Dia siap belikan pencuci muka and lotion badan.

Aku balik rumah terus pakai, siap nyorok nyorok lagi takut kantoi nanti mak marah. Tapi taktau lah tersorok sangat ke tak rahsia aku tu sebab fair n lovely bau dia ke macam mmm macam mmmm pepaham lah sendiri. Macam dah lah busuk lepas tu kuat pulak tu kan. Tapi demi nak putih. Tabahkan jua.

Tapi putih tak? Persoalannya lah kan. Berbekalkan ketakrajinan aku memang tak ler cerita dia. Tu kalau aku rajin and ingat aku pakai lah. Rasanya tak habis pakai lagi aku dah lupa aku sorok tang mana. Itulah pakai sorok sorok lagi. Sendiri sorok pun sendiri tak ingat. Hahahhaha. Hitam ajelah kau ken.



2.      Clean & Clear

Bila dah masuk sekolah menengah orang dah tak hairan dah kalau kau dah start beli pencuci muka. Nak nak memang time tu muka tengah remaja sibuk sibuk naik jerawat. Tapi aku kira ok lagi sebab aku kan takde orang nak takde boyfriend time sekolah menengah so takde lah jerawat. Tapi aku selalu balik panas panas, muka aku oily gilaaa.

Beli kertas minyak warna biru tu pun tak dapat menampung betapa berminyak nya muka aku. So clean & clear ni dia focus untuk get rid oily skin. Sebab tu time ni aku rajin nak pilih clean & clear, tak pilih fair n lovely dah. Sebab lantak lah muka putih ke hitam, yang penting muka aku tak berlengas berminyak nau nau.

Clean n clear ni best dia sebab iklan dia ala ala perempuan muda remaja cam dak dak sekolah cam aku lah guna. Time tu memang iklan clean n clear tengah top. So tu la reason aku join pakai clean n clear.


Aku pakai ni sebab macam untuk putihkan and hilangkan oil 


Clean and clear memang berkesan bab get rid oily. Bila pakai tu muka akan rasa fresh terbebas sekejap dari minyak. Tapi yelakan pagi jelah. Masuk tengah hari mula la muka keluarkan miyak dia dahlah panaih p sekolah tu, tu yang menimbun duit habis beli kertas minyak.

Melekit toksah habaq haih. Tapi kurang lah jugak daripada aku tak pakai apa apa. Tapi tak putih la, just minyak je hilang walaupun aku guna yang untuk putihkan.



3.      Garnier

Aku tak ingat bila aku start pakai ni. Maybe form 4 kot. Terpengaruh dengan lisa surihani la ni. Pencerahan 2 tona lebih cerah. Ahakk. Ok yang ni aku beli complete set terus dari pencuci ke toner ke krim semua tu. Guess what? Garnier ni pedih pakai. Lagi lagi krim dia lepas tu muka aku macam nak terkoyak. Dah lah tamak p beli semua set terus kan. Habiskan jugak pakai walaupun nak menangis ayaq mata darah.

Lisa surihani tipuwwww tauu

Nak cantikkan, sanggup tau. Mahal kot garnier takkan aku nak buang. Then kulit aku pun ditumbuhi jerawat padia tah. Dah lah tak cerah tumbuh jerawat lagi. Pedih lagi. Banyak lah dalam list kesah sedih aku dengan garnier ni. Sampai la ni aku macam fobia sat tengok garnier kat Watson. Padahal tengok je pun. Macam terasa lagi kepedihan umpama mengikis pipi aku ni. Macam kene sagat dengan lemon.


Maybe kulit aku tak sesuai dengan garnier ni. Lepas habis je terus serik aku nak beli garnier. Get back to clean n clear balik.





Bersambung....

Thursday, 12 May 2016

Cara cara nak bukak akaun CIMB 2016

Assalamualaikum,


Harini tajuk kakak sangat lah emmmm noobnyewww alahai. Tapi kakak percaya dengan sepenuh hati bukan kakak je type dekat google camni, ‘cara nak bukak akaun bank dan online banking’. 99.99%  kakak tak silap. Kakak boleh jadi pengerusi kelab dak dak noob. Korang yang nak cari tu mesti selalu kecewa either tak jumpa apa korang nak or korang kecewa tengok entri bertarikh sebelum masihi tak up to date langsung. Dunia kan dah berubah. Jangan risau kakak kan ada. :’) yomked.


So harini tutorial membuka akaun CIMB 2016. Haritu gegedik sangat nak bukak online banking sementelah kakak berusaha keras mencari sesekeping duit untuk membiayai hidup Gemok yang kuat makan tu. Bagai bulan jatuh ke riba, bagai orang ngantuk disorong bantal, ternampak iklan untuk jadi dropship. Dropship ni actually kene cari customer then kita akan dapat duit komisyen bila kita Berjaya cari customer tu depend untuk barang yang dibeli. Next entry lah kakak cerita barang apakah yang kakak teringin nak jadi dropship tu. So syarat untuk jadi dropship mesti ada online banking sebab nak tau flow duit masuk. Tapi kalau korang tak nak ada online banking pun boleh dengan syarat korang berjiran dengan bank :’). Takpun kalau engko kaya duit kaya masa sangat nak ulang alik pergi bank nak cek baki sebab pegawai kat sana hensem macam Justin timberlake.


Kalau kakak, kakak ni malas. Mana ada pegawai bank hensem macam Justin timberlake. Kalau ada, kakak nak pindah cawangan bank kat situ. Lol. Pape roger kakak. Kahhh. Sambung cerita. So lepas bincang dengan personal assistant kakak, kakak bercadang nak buka akaun CIMB and then register CIMB CLICK. Katanya lagi senang, maybank2u leceh. Dan jangan pulak ada hati nak bukak online banking BSN lagi leceh gila nokhirim. Last but not least org sekarang memang ramai pakai CIMB sebab nombor dia sikit, bukan macam BSN. Jenuh kakak nak tengok no BSN kalau nak transfer. Rasa macam juling, mata pun marah kakak sebab buat dia kompius..


Ok start.

   1. .Korang mestilah pergi ke cawangan CIMB berdekatan korang. Jangan pulak pergi maybank, public bank ataupun betul betul HEONG LEONG BANK. Tapi kalau engko sejenis berjiwa kental dan minat mendalam nak jadi treveler, boleh lah pergi cawangan yang 2 marhalah nya jauh dari korang.
 
2.       Bawak lah IC. Tapi mana ada orang tak bawak IC nak pergi mana mana kan. Bende macam ni pun nak pesan ke?
 
3.      Terus pergi kat kaunter pertanyaan CIMB bank tu ok, cakap dengan pegawai tu, saya nak bukak akaun CIMB. Nanti dia bagi nombor giliran. Lepas tu kau cari lah tempat duduk. Cari tempat duduk ni mesti kalau boleh nak berselang dengan orang kiri kanan en. Dasar sombong lahabau.
 
4.      Tiba-tiba, nombor kau pun kene panggil. Nanti dia akan mintak IC. Lepas tu dia da dapat data semua dia mintak lah maklumat maklumat lain yang berkenaan. Yang penting dia tak Tanya kau makan apa time breakfast.
 
5.      Nanti dia bagi kad bank, so korang pilih no pin, cap jari, apa apa jelah. Dia mintak korang bagi jelah. Hahahah. Lepas tu time tu aku Tanya, kak kalau nak register cimb click sekali boleh. Dia kata ok je.
 
6.      Pastu dia suruh pergi atm depositkan duit RM250. Haa, jangan lupa okey bawak duit secukup nya. Dah deposit datang kat akak tu, nanti dia bagi kad kite tu. Yay dah setel.
 
7.      Cimb click? Akak tu akan bagi satu kertas cara cara nak register online. Mula mula pergi kat atm, pilih online banking, nanti masuk kan number phone kita. Lepas tu pergi kat computer yang disediakan terus buat online registration. Kau follow je step dalam ketas dia bagi. DONE!

Pesanan penaja:
Jangan lupa ID dengan password. Jangan contohi hakak kan menggelabi nak ingat. Hhuhu. And kakak dah Berjaya mentransfer kan duit. Yayyy. Mudahhhhhh kannnn…

Gerak lu papew roger,

PTPTN

Assalamualaikum,


Aku ni sejenis manusia yang suka buat list dan prepare everything before aku buat something. So 2-3 hari ni aku tersangatlah busy nau buat urusan dunia. Urusan ala ala official. So apabila sejenis sapira nak melibatkan diri dengan urusan dunia, mestilah aku google dulu untuk mempersiapkan diri menjadi customer yang tak menyusahkan orang. Aku kan baik. Untung betul orang dapat customer macam aku ni. Tapi sekarang orang malas sikit nak update email. Jumpa pun yang 2011/2012 2013/2014.


So alkisah nya pasal PTPTN. Dah meminjam harus lah memulang ye dak. Aku ni pulak sejenis noob dan tak kisah sangat pasal duniawi sebab sibuk urusan akhiratwi.. Buat lawak kettewww? *Gelak terkekeh sendiri* So bila mak aku sibuk pasal bayar PTPTN, aku pun rajin kan lah diri menapak pergi giant muar tu. Kat giant tu ada booth ptptn. Sampai haus tapak kaki aku menapak dari rumah ke giant. *cukup kelakar belom :’)* Sampai je kat booth tu, lepas berdiri beberapa minit beberapa kalori terbakor, baru lah kaunter pertanyaan tu kosong. So terus duduk, so cakap lah “akak saya nak tanya pasal bayaran balik ptptn”.


Dengan dunia yang berevolusi menjadi mudah pantas maju serta canggih, akak tu mintak IC je. Then dia dah tau semua maklumat. Sebelum tu aku cuak jugak kalau kalau dia nak surat perjanjian. Surat perjanjian aku dah hilang. Aku rasa dah terbakor kot dekat rumah sewa dulu. Tu la, buang buang kertas tak tengok dulu. So engkorang yang dah hilang surat perjanjian pt tu boleh bawak bertenang jangan menggelabi kays :’). So akak tu pun cakap “awak ada tunggakan 4 bulan. Sepatutnya awak bayar bulan 2 haritu, bulan bulan bayar RM192.50. So sekarang tunggakan awak da RM770 dik.” Menangis jiwa wanita ku tapi…. Ku gagahi jua. WAKAKWAKWKAAKA. So haruslah berbuat seperti tidak tahu apa apa ye adik adik contohnnya jawab macam ni, ‘ eh ye ke akak. Alaa. Saya taktahu pun dah start bayar. PTPTN memang tak bagi notis makluman ke dah boleh mula bayar.? *buat lah muka puss berboot sikit.* (puss berboot= puss in the boots).


Padahal engko dah lama tahu sepatutnya selepas 6 bulan tamat belajar, dah kena bayar hutang balik :’). So alang alang aku dah kat situ, Tanya pulak “akak, boleh tak saya nak buat penstrukturan balik, takpun saya bayar ikut suka hati tapi still bulan bulan jalan duit tu?” Penstrukturan ni apa? Penstrukturan ni maksudnya kau nak gubal balik perjanjian. Macam aku, aku pinjam RM21K and aku ada masa seploh tahun untuk setelkan hutang. Sebab tu aku kena bayar RM192  setongah tunai tiap tiap bulan. Kalau buat penstrukturan nanti akak tu Tanya nak bayar berapa sebulan. Kalau hutang kau berlambak jangan lah cakap nak bayar rm50 hengget je sebulan. Cucu kau dah ada pakwe nanti kau belum habis bayaq ptptn woi. :”) kang pergi rumah kawan sembang pulak hutang ptptn kau tak habis. Kan baik kau sembang pasal ugama. Gitteww.


Tapi kalau dah tak mampu boleh je buat pengurangan aka penstrukturan. Bulan bulan t bayar jela 100. Ok lah daripada tak bayar. Tapi kos perkhidmatan kau akan bertambah. Contoh kalau aku nak buat penstrukturan, baik baik aku pinjam rm21000, buat penstrukturan terus jadi rm29000. RM8000 tu kau boleh buat macam macam tau. Tapi kalau tak mampu buat je penstrukturan. Jangan pulak kau dah tak mampu kau main taram je setiap bulan bayar ikut suka hati. Bulan ni nak bayar 20 lah, seploh lah, doploh lima lah. Hamboiii. Dah lah tu tak cakap nak buat penstrukturan pulak. Rugi tau, dari situ diorang akan tolak service fee lagi. Kalau kau bayar 25 hengget tolak service fee lebih kurang 17 hengget. So kau Cuma bayar 8 hengget je bulan tu. Bila hutang kau nak habis :’(.



Bila kita ada tunggakan ptptn sebulan pun, kita punya nama terus masuk ccris. Taktau ccris tu apa? Google lah. Aku pun taktau tapi aku sayang pulak data nak google kan untuk engkorang . :P. kiranya kalau nama kau ada dalam system tu, kau tak boleh buat loan. Loan rumah kereta dan sebagainya. Macam di blacklist. And kalau kau tak bayar ptptn kau langsung, nanti nak g oversea tak lepas. Nangis air mata darah dekat pegawai kat airport pun tak guna. Kalau tak pergi luar Negara, macam mana nak kerja jadi pemetik buah anggur. LMAO kakak penat ni buat lawak, korang gelak lah.


So kakak pun layan jelah hakak kaunter tu cerita sekilas terpandang poster hutang di bawa mati okey. Nanti mati, tapi masa hidup tak bayar hutang dengan sengaja chuools kene cari ptptn nak bayar hutang yang bergunung tu. So esok nya akak pun pergilah lagi booth tu bayor tunggakan.


Senang je. Pergi kat kaunter cakap lah nak bayar. Nanti diorang bagi form, isi, then bagi duit then bla. Kalau nak bayar kat bank boleh Tanya diorang mintak detail or boleh mintak diorang ajar or explain. Arraso.


Kakak penat type penstrukturan ni :’(. Lanje eskem.

Sekian cerita seorang akak dan ptptn.

J

Thursday, 28 April 2016

Convocation finally here.

Green colored saree kurung hanging in the corner of the room. I let it there till the morning of the convocation day. I have waited this day for a long time. But I didn’t want to be excited likes the photoshoot day. This time, I just wanted to take my scroll and we’re done. I didn’t expect any priceless moment. What I imagined is I take the scroll, give back the jubbah and back home. Coz I knew only my mother and brother will attend my convocation day. KIV my boyfriend. He didn’t sure if he can make it. So, I just want things to be done.


This time, this day I didn’t want to be eager about how I will make up and if my outfit glam enough. Lol. I just pray that my clothes fit me well. I filled my stomach with a glass of home soy with the hope that I will be full all day long. I refused to eat anything. I just grab a pack of choki choki kot kot kebuluq takde sugar kang pengsan lewlss…


I opened up my contact lens bottles. I played the video on how to insert lens for the beginners. Kemain. I am so worried if any parasites lives in my eyes, or my contact lens lost behind my eyeballs or my contact lens blind me. Overthinking as always. For beginner likes me, inserting the lens was not the problem. The problems are I didn’t know lens tu terbalik ke tak. I’ve checked so many times but I couldn’t differentiated the curves. Insert banyak kali tapi rasa nak terkeluar je. Bila kelip kelip dia naik balik tapi stop kelip mata nanti dia turun balik. Hahahaha. Noobs. Lastly redha je lah pakai sebab memang beli untuk pakai during convo. Terus muka macam vampire. Ni kalau Robert pattison dengan taylor lautner Nampak mata aku terus diorang berebut nak masuk meminang. Lol. Tak pandang Kristen stewart dah. Dah Berjaya insert lens tu, terus start makeup. Aku make up 20 minit je. Yang lama nya pakai lens. Lepas 4-5 kali percubaan baru ok confident nak biar both lens dalam mata. Tapi tak berani nak pejam mata sangat. Nak alihkan mata dari cermin pun seriau takut pandang cermin balik lens dah cicir hilang kat mana taktau.


Make up 2 jam pun macam haram, make up 20 minit apatah lagi. Paling power sekali, aku orang pertama siap. Jarang betul kejadian aku paling awal siap kalau nak pergi mana mana. Hewheww…Semua dah siap terus gerak pergi UiTM. Sampai sampai dah 12.30 terus kena suruh naik bas g uitm. Kena naik sorang dulu pulak tu mak dengan bangpi naik bas lain. Sampai uitm cari member semua tak jumpa T_T. last last jumpa syafarah dengan taz. Nasib baik adik taz tolong pakai kan jubbah and mortar board. Uishhh kelam kabut.


Alhamdulillah finally dapat jugak scroll walaupun nervous cuak jatuh tangga sebab aku pakai heels. Jarang kot aku pakai heels. Selalu aku pakai wedges. Kinda stabil sikit pakai wedges. Sebab tu orang gemuk pakai wedges tak pakai heels. Ok lah takde lah aku terjatuh. Untuk hadek hadek kalau terbaca blog hakak pasal convo ni, korang watlek watpis jelah nak bantai kasut and baju apa. Kasut wedges sebenarnya boleh je. Kau takyah sesosah cari kasut kulit crocodile harga rm159 lepas tu kau nak nangis duit kau habis. Kau pakai kasut seinci pun takpe dalam buku tulis 2 inci kan. Baju pulak kau bantai lah dress jubbah mini kurung kurung kebaya segala jenis yang berkain sopan is ok. Jangan pulak kau bantai kain skirt pendek dah ler. Berdarah hidung dato canselor tu karang. Tips lagi satu takyah ler kau nak glamor glamor sangat baju kau tak Nampak pun. Yang penting tudung or shawl kau on point.  


Dapat lah rasa famous selama 6 saat atas stage.  Lepas tu terus bosan tunggu ceremony habis siap sibuk sibuk nak selfie kat bawah. Walaupun rasa macam tak sopan, lantak kan ajelah nokkks. Tapi aku tak selfie, battery drained too fast. Critical nak mampus simpan battery nak contact orang. Akhirnya tupai jatuh ke tanah jua battery habis.


Keluar dewan terus Nampak boyfriend. Terus pergi kat dia sebab dia kan dah bising kata aku kat mana kat mana. Aku patut cari mak aku dulu. Tapi alang dah Nampak dia terus ke dia. Lepas tu jumpa mak amik amik gambar balik. Gambar pun 2 3 keping. Mak aku 2 3 hari ni dia menyesal sebab dia blah awal sangat tak dapat amik gambar yang proper sesame. Dia tak tau aku dah  menyesal tambah berkecil hati serta rasa nak trade in soul lagi sekali sebab takde gambar proper dengan dia. Takde gambar peluk peluk cium. Mestilah sedih semua orang nak rushing balik hmmm L.

Ni jelah yang ada.



My precious. Thanks for everything. You both always rock my world.

Make up 20 minit sebab malas nak put effort on make up.

Mementang boyfriend aku yang amik gambar terus aku rasa this picture is focusing on me. cewahhhh

Bagi bear je ke? Nasi takde?

Banyak sangat bunga mesti semua orang jeles dengan aku. Kahhhh


Mak cantik anak pun harus lah cantik. ke aku anak angkat?



Bila orang kata candid tapi sapira terkenangkan kenikmatan makan nasi

Semua kecantikan semula jadi on point kecuali saaaaaapiiiiighaaa


CAANTIK TAKKK??

BETUL LA CANTIK TAKKKKKK?



TANYA SOALAN CANTIK TAK SEPANJANG 1 JAM DATING. Itulah siapa suruh tak bagi nasi kan asyik tanya cantik  ke tak
tamat.



ehhhhh.....




NAK NASIIIIIIIIIII TAKNAK BUNGAAA NAK GEMUKKKK TAKNAK KUWUSSSSS