Thursday, 12 May 2016

PTPTN

Assalamualaikum,


Aku ni sejenis manusia yang suka buat list dan prepare everything before aku buat something. So 2-3 hari ni aku tersangatlah busy nau buat urusan dunia. Urusan ala ala official. So apabila sejenis sapira nak melibatkan diri dengan urusan dunia, mestilah aku google dulu untuk mempersiapkan diri menjadi customer yang tak menyusahkan orang. Aku kan baik. Untung betul orang dapat customer macam aku ni. Tapi sekarang orang malas sikit nak update email. Jumpa pun yang 2011/2012 2013/2014.


So alkisah nya pasal PTPTN. Dah meminjam harus lah memulang ye dak. Aku ni pulak sejenis noob dan tak kisah sangat pasal duniawi sebab sibuk urusan akhiratwi.. Buat lawak kettewww? *Gelak terkekeh sendiri* So bila mak aku sibuk pasal bayar PTPTN, aku pun rajin kan lah diri menapak pergi giant muar tu. Kat giant tu ada booth ptptn. Sampai haus tapak kaki aku menapak dari rumah ke giant. *cukup kelakar belom :’)* Sampai je kat booth tu, lepas berdiri beberapa minit beberapa kalori terbakor, baru lah kaunter pertanyaan tu kosong. So terus duduk, so cakap lah “akak saya nak tanya pasal bayaran balik ptptn”.


Dengan dunia yang berevolusi menjadi mudah pantas maju serta canggih, akak tu mintak IC je. Then dia dah tau semua maklumat. Sebelum tu aku cuak jugak kalau kalau dia nak surat perjanjian. Surat perjanjian aku dah hilang. Aku rasa dah terbakor kot dekat rumah sewa dulu. Tu la, buang buang kertas tak tengok dulu. So engkorang yang dah hilang surat perjanjian pt tu boleh bawak bertenang jangan menggelabi kays :’). So akak tu pun cakap “awak ada tunggakan 4 bulan. Sepatutnya awak bayar bulan 2 haritu, bulan bulan bayar RM192.50. So sekarang tunggakan awak da RM770 dik.” Menangis jiwa wanita ku tapi…. Ku gagahi jua. WAKAKWAKWKAAKA. So haruslah berbuat seperti tidak tahu apa apa ye adik adik contohnnya jawab macam ni, ‘ eh ye ke akak. Alaa. Saya taktahu pun dah start bayar. PTPTN memang tak bagi notis makluman ke dah boleh mula bayar.? *buat lah muka puss berboot sikit.* (puss berboot= puss in the boots).


Padahal engko dah lama tahu sepatutnya selepas 6 bulan tamat belajar, dah kena bayar hutang balik :’). So alang alang aku dah kat situ, Tanya pulak “akak, boleh tak saya nak buat penstrukturan balik, takpun saya bayar ikut suka hati tapi still bulan bulan jalan duit tu?” Penstrukturan ni apa? Penstrukturan ni maksudnya kau nak gubal balik perjanjian. Macam aku, aku pinjam RM21K and aku ada masa seploh tahun untuk setelkan hutang. Sebab tu aku kena bayar RM192  setongah tunai tiap tiap bulan. Kalau buat penstrukturan nanti akak tu Tanya nak bayar berapa sebulan. Kalau hutang kau berlambak jangan lah cakap nak bayar rm50 hengget je sebulan. Cucu kau dah ada pakwe nanti kau belum habis bayaq ptptn woi. :”) kang pergi rumah kawan sembang pulak hutang ptptn kau tak habis. Kan baik kau sembang pasal ugama. Gitteww.


Tapi kalau dah tak mampu boleh je buat pengurangan aka penstrukturan. Bulan bulan t bayar jela 100. Ok lah daripada tak bayar. Tapi kos perkhidmatan kau akan bertambah. Contoh kalau aku nak buat penstrukturan, baik baik aku pinjam rm21000, buat penstrukturan terus jadi rm29000. RM8000 tu kau boleh buat macam macam tau. Tapi kalau tak mampu buat je penstrukturan. Jangan pulak kau dah tak mampu kau main taram je setiap bulan bayar ikut suka hati. Bulan ni nak bayar 20 lah, seploh lah, doploh lima lah. Hamboiii. Dah lah tu tak cakap nak buat penstrukturan pulak. Rugi tau, dari situ diorang akan tolak service fee lagi. Kalau kau bayar 25 hengget tolak service fee lebih kurang 17 hengget. So kau Cuma bayar 8 hengget je bulan tu. Bila hutang kau nak habis :’(.



Bila kita ada tunggakan ptptn sebulan pun, kita punya nama terus masuk ccris. Taktau ccris tu apa? Google lah. Aku pun taktau tapi aku sayang pulak data nak google kan untuk engkorang . :P. kiranya kalau nama kau ada dalam system tu, kau tak boleh buat loan. Loan rumah kereta dan sebagainya. Macam di blacklist. And kalau kau tak bayar ptptn kau langsung, nanti nak g oversea tak lepas. Nangis air mata darah dekat pegawai kat airport pun tak guna. Kalau tak pergi luar Negara, macam mana nak kerja jadi pemetik buah anggur. LMAO kakak penat ni buat lawak, korang gelak lah.


So kakak pun layan jelah hakak kaunter tu cerita sekilas terpandang poster hutang di bawa mati okey. Nanti mati, tapi masa hidup tak bayar hutang dengan sengaja chuools kene cari ptptn nak bayar hutang yang bergunung tu. So esok nya akak pun pergilah lagi booth tu bayor tunggakan.


Senang je. Pergi kat kaunter cakap lah nak bayar. Nanti diorang bagi form, isi, then bagi duit then bla. Kalau nak bayar kat bank boleh Tanya diorang mintak detail or boleh mintak diorang ajar or explain. Arraso.


Kakak penat type penstrukturan ni :’(. Lanje eskem.

Sekian cerita seorang akak dan ptptn.

J

No comments:

Post a Comment